lelaki suka perempuan mcm ?

hey guys , whats up ? okeyy .. today nadia nak story mory
dengan korang tentang LELAKI . atau dalam bahasa
OMPUTIHnya , MAN . haha ! dorg ni boleh dikatakan
sensitive , cerewet pon ada . so , kalau korg nak bf/laki korg
tu smakin syg and cinta mati kat korg . cuba try cara2 yg nadia bg ni .

1. Jadi pendengar setia Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya , Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita  yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif , Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama ditelefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan bahawa kamuini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya , Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas adalah Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku , Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan , Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26. Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.




jangan lupa comment lepas baca taw :)

No comments:

Post a Comment

segala benda di dalam blog ini kepunyaan NadiaOthman